Garis masa Pandemik COVID-19 di Perlis

Mac 2020

Pada 13 Mac 2020, Perlis merekodkan kes pertama positif COVID-19 melibatkan seorang lelaki berusia 51 tahun yang telah menghadiri acara tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling dari 27 Februari hingga 3 Mac 2020. Kes mula mempunyai tanda gejala COVID-19 pada 5 Mac 2020 dan disahkan positif pada 13 Mac 2020. Kes mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah.[3]

Pada 14 Mac pula Perlis merekodkan kes kedua positif COVID-19 melibatkan seorang wanita berusia 23 tahun yang baru tiba di Malaysia pada 10 Mac 2020 dari Qom, Iran. Kes dirawat di Hospital Tuanku Fauziah.[3]

Perlis terus mencatat kes positif apabila 6 individu dikesan positif pada 15[3] dan 16[4][5] Mac 2020 yang merupakan peserta jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling.

Pada 19, 25, 30 dan 31 Mac pula merekodkan masing-masing 1 kes menjadikan jumlah kes positif COVID-19 seramai 12 orang.

Pada 22 Mac 2020, Perlis merekodkan kematian pertama COVID-19 melibatkan seorang lelaki berumur 48 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Turki. Kes dirawat di Hospital Tuanku Fauziah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 19 Mac 2020 sebelum disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020. Kes merupakan kes kesembilan positif COVID-19 di Perlis dan kes ke-890 positif COVID-19 di Malaysia. Kes juga merupakan kes kematian kesembilan di Malaysia.[6]

April 2020

Pada 5[7] dan 14 April[8], masing-masing direkodkan 1 kes baharu manakala pada 7 April[9] direkodkan sebanyak 4 kes baharu menjadikan jumlah yang dijangkiti sebanyak 18 kes.

Pada 7 April 2020, Perlis merekodkan kematian kedua COVID-19 melibatkan seorang lelaki berumur 71 tahun yang berasal daripada Perlis dan mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan keagamaan di Sulawesi, Indonesia. Kes dirawat di Hospital Enche' Besar Hajah Khalsom, Johor pada 5 April dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 malam 6 April 2020. Kes merupakan kes positif ke-13 di Perlis dan kes positif ke-3,794 di Malaysia. Kes juga merupakan kes kematian ke-63 di Malaysia.[9]

Pada 23 April 2021, Perlis menjadi negeri pertama di Malaysia yang diisytiharkan sebagai zon hijau selepas tidak mencatatkan kes lebih dua minggu.[1]

Mei - Julai 2020

Perlis kekal menjadi zon hijau bersama beberapa negeri lain seperti Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang dan Melaka.[10]

Pada 29 Julai 2021, setelah kira-kira 105 hari tidak mencatatkan kes, satu kes dicatatkan di Perlis melibatkan satu kes saringan pendatang asing tanpa izin (PATI) sebelum dipindahkan ke Depot Tahanan Imigresen Kangar.[11]

Ogos 2020

Pada 4 Ogos 2020, hanya Perlis merekodkan kes di Malaysia iaitu hanya satu kes yang dicatatkan.[12]

Peningkatan kes dicatatkan pada 7 Ogos apabila 10 kes direkodkan di Perlis dalam sehari. 10 kes dikesan di mukim Sanglang melibatkan 10 warganegara yang merupakan kontak rapat dalam Kluster Sivagangga.[13]

Kes kembali menurun apabila hanya 1 kes dicatatkan masing-masing pada 15[14] dan 25 Ogos menjadikan jumlah yang dijangkiti sebanyak 32 kes.

September - Oktober 2020

Pada 8 September, satu kes dicatatkan di Arau daripada Kluster Sungai.[15] Perlis kembali menjadi zon hijau setelah 2 minggu tidak mencatatkan kes tempatan pada 22 September.

Pada 29, 30 September dan 1 Oktober, Perlis mencatatkan lima kes yang merupakan kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) dan dikategorikan sebagai import B (luar negeri) menjadikan jumlah dijangkiti seramai 38 kes[16][17][18]. Perlis kekal menjadi zon hijau.

November 2020

Perlis kembali menjadi zon kuning apabila mencatatkan satu kes jangkitan dalam negeri pada 15 November 2020.[19] Hanya lima kes dicatatkan pada November menjadikan jumlah yang dijangkiti seramai 43 kes. Perlis kembali hijau setelah dua minggu tidak mencatatkan kes dalam negeri.

Disember 2020

Perlis mencatatkan hanya tiga kes pada Disember 2020 iaitu pada 4, 13 dan 26 Disember menjadikan jumlah yang dijangkiti seramai 46 kes.[20][21][22]

Januari 2021

Perlis mula mencatatkan peningkatan kes harian secara mendadak impak daripada gelombang ketiga yang melanda negara pada awal 2021. Kes hampir dicatatkan setiap hari dengan kemuncaknya 15 kes dicatatkan dalam sehari pada 18 Januari. Perlis juga menjadi zon merah buat pertama kali pada 18 Januari impak daripada peningkatan mendadak kes jangkitan dalam negeri yang dikesan pada 16, 17 dan 18 Januari. Jumlah kes yang dicatatkan pada Januari 2021 ialah sebanyak 130 kes menjadikan jumlah yang dijangkiti sebanyak 176 kes.

Rujukan

WikiPedia: Pandemik COVID-19 di Perlis http://jknperlis.moh.gov.my/v3/ https://www.facebook.com/jknperlis https://www.facebook.com/jknperlis/photos/a.943649... https://kpkesihatan.com/2020/03/16/kenyataan-akhba... https://kpkesihatan.com/2020/03/22/kenyataan-akhba... https://kpkesihatan.com/2020/04/05/kenyataan-akhba... https://kpkesihatan.com/2020/04/07/kenyataan-akhba... https://kpkesihatan.com/2020/04/14/kenyataan-akhba... https://kpkesihatan.com/2020/07/29/kenyataan-akhba... https://kpkesihatan.com/2020/08/04/kenyataan-akhba...